Hi semua.. kali ni aku nak cerita pula pasal satu pencapaian aku sepanjang setahun tidak aktif berblogging ni.
Sejak setahun yang lepas, aku telah mendaftarkan diri aku ke sebuah fitness center yang terdekat selama setahun. Sepanjang tempoh tu juga la aku bertungkus lumus, luka2, lebam2, sakit2 otot, sakit2 tulang, cedera, dan berbagai jenis siksaan lagi. Gym yg aku join ni lain sikit. Baru pertama kali ada di Kota Kinabalu. Di Kuala Lumpur pun hanya ada dua je gym yang sama konsep dgn gym aku ni. Konsepnya ialah CROSSFIT.
Crossfit ni memang lain dr gym2 tradisional yg korang tau. Angkat tu nak bagi besar tu, angkat ni nak bagi besar yg ni..sangat berlainan. Crossfit ni boleh la juga dikategorikan sebagai satu sukan. Kalau tak silap aku, Crossfit ni ideanya adalah berdasarkan kepada sistem latihan tentera USA. Tapi tak tau la betul ke tak. Pernah juga terdengar yang Crossfit ni seperti kerja2 buruh yang dijadikan satu aktiviti sihat. Malas pula nak tya Mr.Google kan apa kebenarannya. Nanti kalau korang rajin, google je la ye.
Sepanjang setahun lepas, banyak kenangan yang dicipta sejak menjadi ahli gym. Dapat ramai kawan baru. Masing2 dengan tujuan masing2. Kalau secara harfiahnya, memang kita rasa orang yang nak datang gym tu ialah orang yang nak dapat body ketul2 je kan, tapi sebenarnya ada banyak lagi alasan yang lain. Setiap orang ada alasan yang tersendiri. Contohnya, ada yang ingin menjaga kesihatan, ada yang ingin mengurangkan berat badan, ada yang ingin mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah dan banyak lagi. Personally, aku dulu memang berniat nak bagi body petak2 tapi setelah setahun berada di gym tu matlamat aku macam dah bertukar pula. Benda ni sudah menjadi hobi aku. Tempat permainan.
Perubahan Tubuh Badan
Ok la, tu contoh perubahan badan aku sejak setahun yang lepas. Memang tak nampak sangat perubahannya sebab dulu pengetahuan aku tentang nutrisi dan eat clean food masih lemah lagi. Main belasah je kalo nak makan. Gambar di atas menunjukkan perubahan aku dari Oktober 2011 sampai Oktober 2012. Sejak Disember 2012 baru aku nak makan dengan cara yang betul. Nanti la kita tengok macam mana pencapaiannya.
Oct 2011 - Oct 2012
Sampai sini je la dulu cerita aku pasal ni. Nanti aku updet sedikit sebanyak cara2 makan secara sihat dan sebagainya la yang berkaitan tentang gym2 ni. Harap2 tiada pihak yang akan tersinggung dengan gambar2 yang kurang senonoh di atas. Tidak lain dan tidak bukan hanya ingin menunjukkan bukti kesungguhan dan usaha aku selama ini.
Assalamualaikum,
Kepada para pembaca yg dikasihi sekalian, banyak sangat benda yg aku nk ceritakan semenjak dua tahun yg lepas sampai tak tahu nak mula dari mana. Nevermind la kn, ikut mana yg terlintas difikiran la dulu kn.
Sepertimana entri aku yg sebelum ni, tentang aku yg diberhentikan kerja tu.. aku dah move on. Sekarang aku dah dapat kerja balik. Kali ni aku try bahagian sales di sebuah bank pula. Semoga inilah yg terbaik untuk aku..amin ~
Bank apa? hehe.. Dulu penah kerja di bank tu juga.. Tau? Tahniah kalau tau.. haha
Assalamualaikum,
Im back guys!! haha.. walaupun mungkin tiada sesiapa yang menantiku..huhu.. anyway, I am back! Banyak sangat cerita yang nak diceritakan ni. Hampir dua tahun blog ini tidak dipedulikan. Sampai password pun aku dah lupa.
Hari ini aku baru saja diberhentikan kerja dengan alasan, tidak melakukan tugasan yang diberikan. eh, kerja apa pun korang tak tau lagi kn.. haha.. nevermind, benda yang sudah terjadi biarkan berlalu. moving on.. aku tunggu kerja bulan dua ni. as a personal financing executive at a bank.. again?? bank?? yeah.. bank lagi. haha.. ada dua bank ni.. yang satu dah bagi keputusan, tinggal satu lagi ni.. mudah-mudahan dapat kedua-duanya.
wish me luck guys, blog ni pun dah usang, tunggu la nanti aku tukang2 sikit.. lama tak buka ni banyak sangat dah perubahan. ok la, until we meet again ~
Assalamualaikum..
Tiba-tiba saya teringat akan keaktifan saya pada masa dahulu. Aktif berbloging pada masa lapang. Tapi sejak memasuki alam pekerjaan, minat saya terhadap bloging sudah semakin pudar dan luput. Mungkin juga kerana kesibukan tapi kemungkinan besar adalah kerana masa lapang saya yang sudah semakin berkurang.
Tadi secara tidak sengaja saya membelek-belek link yang saya bookmark dan terjumpalah link blog saya yang sudah lama terbiar ini. Muncul rasa rindu, saya pun buka dan melihat-lihat keadaan blog saya ini. Apa yang mengejutkan, friendlist saya sudah bertambah melebihi jumlah yang tidak disangka sedangkan sudah lama blog ini tidak dipedulikan. Dalam ingatan saya, tidak sampai pun seratus sebelum ini. Alhamdulillah, ada juga yang masih mahu mengikuti perkembangan blog saya yang tidak seberapa ini.
Perkara kedua yang mengejutkan ialah, Shoutmix saya sudah tamat tempoh dan tidak dapat digunakan lagi. Sangat mengecewakan kerana Shoutmixlah tempat kita mengesan jejak para pelawat dan berbalas kunjungan. Oleh yang demikian, saya harap anda dapat membantu saya menggantikan shoutmix tersebut kepada yang lebih baru atau sesuatu yang lain darinya.
Atas sokongan anda semua, saya akan berusaha untuk mengembalikan kegemilangan blog saya ini seperti suatu ketika dahulu (perasan). Sampai kali ini saja, sekian dan terima kasih.
Assalamualaikum..
Sekembalinya aku kali ni setelah berbulan-bulan membiarkan saja belog ini terbengkalai, membuat satu perubahan besar kepada rupa bentuk belog, tajuk dan juga link. Perubahan ini mungkin juga akan berkaitan dengan entri-entri yang bakal aku kisahkan pada masa akan datang.
Sebelum ini aku menghilang mungkin pasal sibuk bekerja dan juga ketiadaan idea untuk mengisi ruangan pada entri belog ini. Jika ada pembaca setia, aku minta maaf. Semua ini bukan disengajakan. Alhamdulillah, kali ini aku bertekad untuk memulakan semula menceritakan kisah hidup aku pada masa kini. Juga akan aku selitkan tentang pendapat aku tentang kehidupan.
Sekarang ni ada banyak kisah hidup aku yang ter'postpone' dan hanya menunggu untuk di'publish'kan di belog ini. Dalam berbulan-bulan lamanya aku berdiam, terkumpullah semua kisah dan cerita hidup aku yang tidak seberapa menarik ni.
Sekarang ni Jom Heboh pesta anjuran TV3 bertapak di sabah untuk kali yang kedua. Yang pertama sekali dulu pun aku dah pernah pergi tapi masa tu kalau tak silap nama pesta tu Sure Heboh. Tapi sama saja sebab pesta anjuran TV3. Famili aku ajak pergi, aku ikut saja la. Kejap lagi nak berangkat la ni.
SEBENARNYA AKU TIADA IDEA LANGSUNG NAK TULIS APA SEKARANG NI. TAPI AKU NAK UPDET JUGA!
Baiklah, aku cerita pasal hari ni la. Hari ni aku tiada plan langsung. Member ajak keluar, aku tak dapat join sebab famili lagi awal ajak aku. Prinsip aku pula, famili comes first. Walaupun gaya aku ni macam mengutamakan kawan lebih dari keluarga, sebenarnya aku bukan sebegitu. Famili paling utama. Orang nak cakap apa pun malas aku nak peduli.
Panjang lebar aku menulis, tiba-tiba muncul pula idea. Aku nak tanya pendapat korang, mana yang lebih penting antara keluarga ataupun sahabat. Mesti pilih satu saja macam aku. Bukanlah bermaksud aku ni jenis yang tak sayang kawan tapi kalau mengikut keutamaan, aku akan lebihkan keluarga. Mesti korang tertanya-tanya kenapa. KENAPA?
Sebabnya, bila aku dalam kesusahan, yang membantu aku dengan bantuan yang paling terbesar adalah keluarga. Sanggup berkorban apa saja demi aku. Keluarga yang aku maksudkan ni dalam lingkungan yang cukup besar la bukan setakat ibubapa aku saja. Contohnya, masa aku susah nak cari tempat tinggal untuk praktikal dulu, aku minta tolong kat member aku tinggal kat rumah dia. Lagipun dia tinggal berdua saja dengan abangnya. Aku juga bersetuju untuk berkongsi bayar sewa rumah. Tapi member aku tu menolak atas sebab-sebab yang memang masuk akal. Aku tidak salahkan dia. Alhamdulillah, pakcik aku sanggup menolong dan mengizinkan aku melepak 4 bulan di rumahnya secara percuma. Siapa yang menolong? Famili juga. Sekarang ni pun aku menumpang tinggal kat rumah sepupu aku sementara kedudukan kewangan aku masih rapuh lagi. Almaklumlah, orang masih baru bekerja. Siapa? Famili juga.
Bukan aku nak mengatakan member tu tiada gunanya bila susah, cuma member ni lebih kurang saja pun dengan kita. Kalau kita susah, kita minta tolong kat dia sedangkan kita tak tahu yang dia pun sebenarnya sama susah macam kita. Bukan pasal tak nak tolong, tapi tidak berkemampuan untuk membantu. Atas sebab itu juga aku lebih mengutamakan famili.
Kepada semua sahabat aku di luar sana, jangan la rasa macam korang tak penting pula bagi aku. Korang memang penting dan ada antara korang yang aku dah anggap macam famili. Jika ada silap dan salah harap diampunkan. Gurauan aku yang memang selalunya mengguris hati tu harap dimaafkan. Kita berhari raya la hari ni *bersalam-salaman dan bermaaf-maafan*..hehe
Ada sesiapa yang tak kenal mamat hensem kat atas ni?Tak kenal? Meh sini aku sekeh..dush3!
Ni otai dunia belog yang tak putus2 membantu dan memberikan tips2 berguna pada rakan belogernya agar dapat menjadi sepertinya yang sukses dalam dunia beloging ini. *pada pandangan saya*
Kali ni otai ni suruh aku buat kejam kat sesape beloger yang aku tak puas ati (tapi niat murni punya, tiada gaduh2). Dia suruh HACK belog tersebut. Terkejut aku mendengar arahan tersebut sambih tersengih2. haha..
(Adegan di atas hanya rekaan semata)
Soalan satu: Blog manakah yang anda teringin benar nak HACK?
Aku membuat keputusan untuk meng'HACK' belog cik SHA MYHEART
Soalan dua: Kenapa anda memilih blog beliau?
Kerana cik SHA MYHEART ni merupakan seorang pengunjung tegar belog saya. Tak putus-putus bagi komen. Memang pembaca belog saya yang paling terbaeeekk lahhh!!
Soalan tiga: Apakah pesanan yang ingin anda tinggalkan ke dalam blog tersebut?
**********To Miss Sha Myheart**********
*****Your blog security was poor*****
*****Its a piece of cheese cake for me to invade*****
*******Please continue to be my best blog reader and commenter*******
*****************And thanks for your support******************
Lama aku tak updet entri. Ni pun aku updet nak tampal gambar je. Tengok je la gambar-gambar yang aku ambil guna stand camera. Haha..oleh kerana aku pun nak masuk jadi model perasan, aku letak kamera tu kat stand je. Berikut adalah percubaan aku edit gambar jadi ala2 vintage.
Aku budak baru belajar~lalalala..
Sekian, itu saja yang sempat aku edit. Malas~ haha
MEROKOK satu isu yang susah ditangani terutama sekali kat Malaysia ni. Walaupun dah pelbagai cara kerajaan buat supaya rakyatnya tak makan asap, masih juga tak berkesan. Contohnya pengharaman iklan rokok di mana-mana media massa, pengharaman penjualan rokok kepada kanak-kanak dibawah umur, mewajibkan pengeluar rokok menampalkan stiker akibat rokok kepada individu di kotak rokok dan sebagainya masih juga tidak dapat membendung masalah budaya merokok dikalangan rakyat. Baru-baru ini juga aku terdengar desas-desus mengenai harga rokok dinaikkan sebagai salah satu cara membendung gejala merokok dikalangan rakyat. (Merokok itu merbahaya)
Kenapa masalah rokok ini sukar untuk ditangani? (Merokok itu merbahaya)
Itu belum lagi termasuk gejala merokok di bawah umur. Untuk mengurangkan belia yang merokok pun sudah cukup susah, inikan lagi pelajar yang masih di bawah umur. Pada pandangan aku, untuk mengatasi masalah golongan bawah umur agar tidak merokok adalah dengan mengatasi dulu masalah rokok dikalangan belia. Ini kerana, kanak-kanak hanya menurut apa yang belia lakukan. Kalau seorang guru itu merokok, tidak mustahil seorang pelajar yang didapati merokok itu akan menggunakan alasan ini untuk membela dirinya. Ini adalah tidak patut dan belia harus sedar akan tanggungjawab mereka terhadap pendukung generasi akan datang. (Merokok itu merbahaya)
Kenapa merokok itu dianggap sebagai suatu isu? Bukankah rokok adalah salah satu sumber terbesar pendapatan negara? (Betulkan aku kalau tersalah) (Merokok itu merbahaya)
Aku rasa tak perlu lagi kan aku nak panjang lebar terangkan keburukan tentang rokok. Aku tau semua pasti sudah maklum akan keburukan rokok seperti keburukannya terhadap kesihatan si perokok juga orang sekeliling, pencemaran alam (atmosphere), dan juga beberapa isu yang dikaitkan perdebatan para ulama tentang hukum merokok. (Merokok itu merbahaya)
Kalau sudah sedia maklum, kenapa masih juga merokok? (Merokok itu merbahaya)
Ini antara jawapan kawan-kawan aku bila aku bertanyakan soalan sedemikian dan juga jawapan aku atas jawan yang dorang berikan.
1- "Sudah ketagih, tak dapat nak berhenti"
"Kan sekarang ni dah ada banyak cara nak hentikan merokok. Try la. Yang penting hati kena kuat. Ingat orang yang tersayang."(Macam slogan tuk kempen memakai alatan keselamatan di jalan raya pula).
2- "Lelaki merokok nampak cool"
"Cool? Aku rasa tak semua perokok tu nampak cool. Biasa je pun. Kalau ada yang cool pun pasal orangnya yang nampak cool, bukan pasal rokok dia. Kau nak jadi cool dengan merokok, buat aku tergelak ada la..hahaha.."(eh jahat pula aku)
3- "Kawan-kawan yang lain merokok, takkan la aku tak merokok pula"
"Kawan-kawan yang lain makan taik, ko nak makan taik juga ke? Senang je, kalau kawan-kawan ko tak nak terima kau kalau ko tak nak merokok, fine! Cari je kawan baru. Ade banyak lagi orang yang boleh buat kawan kat dunia ni. Kawan sebenar tak mungkin akan memilih dan memaksa. Tengok macam kawan aku. Macam ko la, ade ko kisah aku tak merokok?! Baru la kawan sejati."
4- "Merokok ni boleh hilangkan stress"
"Tak boleh blah punya alasan. Ada bayak cara lagi la nak release stress tanpa merosakkan diri sendiri. Ko ni macam bukan release stress je aku tengok, sampai 2 kotak ko belasah tak sampai sehari. Ko nak release roh dari jasad ke?"
5- "Badan aku yang sakit, bukan ko!"
Yang last sekali ni memang nampak marah kan. Tapi dia cakap tak pakai otak. So ini jawapan aku "Owh kalau begitu, ko pergi mati sendiri je la jangan nak seret orang lain lagi yang terpaksa hirup asap rokok ko kat bilik ni" Marah juga nada aku masa tu tapi terkawal. Oleh kerana dia faham perangai aku, dia keluar dan kami buat donno je pastu. Damai macam tu je. hehe.."
Tapi kebanyakan member aku ni terpengaruh oleh kawan perokok dan persekitaran sekeliling la. Ada juga yang balik-balik mengadu nak berhenti tapi tak dapat-dapat. Yala, siapa la aku ni kan nak cakap ikut suka je sedangkan aku tak tahu pun apa yang para perokok ni rasa. Apa yang cuba aku sampaikan disini ni bukan nak menghina atau memburuk-burukkan para perokok kat malaysia ni terutamanya, cuma aku nak bagi kesedaran sikit kepada sesiapapun tentang betapa seriusnya masalah rokok ini terhadap masyarakat dan punca utamanya adalah kerana psychology rakyat yang terpengeruh akan persekitaran mereka. (Merokok itu merbahaya)
Rokok itu merbahaya, Say NO to rokok! (Tapi jangan buat macam yang kat iklan tu, tergelak aku tengok..wakakakaka) Tengok video di bawah. (Merokok itu merbahaya)
Sekian saja dari aku
(Merokok itu merbahaya) Adalah tajuk yang sebenar..
Lupa pula, aku sengaja buat tajuk macam tu, chill ye!
Semalam aku keluar lepak-lepak dengan kawan-kawan aku. Tapi sebelum malam tu dorang terpaksa balik, masing-masing ada hal. Tinggal la aku sorang-sorang lepak macam orang bodoh. Gantung la kan tak habis layan. Pastu, bosan-bosan aku pergi window shoping sorang-sorang, and its still make me nampak macam orang bodoh. Oleh kerana tak tahan jadi orang bodoh, aku pergi tengok movie X-MEN First Class yang boleh dikatakan dah lama ditayangkan tapi aku baru nak beli tiket pergi tengok. Dalam masa yang sama, itu menjelaskan lagi betapa bodohnya aku dimata orang sekeliling.
Pada pandangan korang, kalau keluar sorang-sorang ni nampak macam bodoh ke tak?
Aku ni lain sikit. Bila aku dah di left alone, even if its in a situation where my friends have to leave because of something important, aku mesti takkan dapat terima. Sebab aku tak suka sorang-sorang. Korang suka tak? Susah la kalau korang cakap korang suka sorang-sorang. Macam situasi semalam tu, aku ditinggalkan keseorangan dan itu membuatkan aku depress macam nak jadi gila.
Tapi perkara ni bukannya baru sahaja terjadi semalam. Dulu-dulu pun pernah macam tu juga. Aku tak suka perpisahan. Ditinggalkan. Aku nak hepi je sepanjang masa dan berkongsi kegembiraan tu dengan kawan-kawan aku. Bukan nak kata yang aku ni takde kawan, cuma kalau tengok situasi semalam tu aku dah janji keluar dengan geng aku yang ni so konferm la geng aku yang lain-lain tu dah buat plan lain masing-masing. Tak dapat la aku nak join kan.
Tapi kan kalau nak difikirkan balik, rasa macam betul-betul bodoh la pula kan nak sentap perkara remeh temeh macam ni. hahahahahaha (laughing at myself)..ape la aku ni..ish2, memalukan!
Lama aku menghilang. Balik kampung punya pasal. Tiada idea nak tulis apa. So, aku uplod je la gambar yang aku amik masa balik kampung tu ye.
Picture of the next handsome generation of my bloodline..hehe
Daniel
Iman
Efan
Ada ramai lagi budak-budak comel tapi aku tak sempat nak snap sorang-sorang. Nakal sangat, lari sana lari sini.
Yang di bawah ni pula gambar aku, my sis and my niece.
Ini pula gambar kawin sepupu aku. Sempat tangkap sikit saja. Ada lagi yang lain tapi malas nak edit. Her name is MONTEK. Her husband name, i forgot.hehe..
Next pula adalah himpunan gambar yang aku suka tengok. All of my family.
Midah
Appy
Most of the picture in here was taken not for professional photography purpose. Just for fun.
Edited out by Laksamana sunan
p/s Anyone, please teach me how to make own copyright/signature to your picture without using photoshop. Teach me the easiest way to make it by a simple software. Or if you know any sites provide for this feature, please let me know. Sharing is caring~
She's a crush for months.
Then i try to reach her.
We dont even get to know each other.
Today, something make me realize.
We are not belong to each other.
Its not anyone's fault.
Its is what it is.
We stumble in the middle.
Falling down to nowhere.
Now, she's just another broken keys.
.
.
.
.
I'm moving on.
.
.
.
.
I dont want to blame.
But she must know why i do this.
.
.
We never get to know each other SERIOUSLY.
I dont even know her favorite food.
Am i not asking?
You bet.
.
.
Why laugh to something that making fun of me?
And what she did was unacceptable.
Ask yourself
Is it worth to TEST?
For me, nope.
She know what i mean.
.
.
She dont know me.
I dont know her.
So..
Have i ever accused her as someone she's not?
How about her?
Everything she said was ACCUSING.
I am not what she think i am.
Owh, i forgot.
It doesnt really matter now.
.
.
MATURITY
Who should we blame?
Age?
I dont know.
But,
I know she still need time to have it.
.
.
.
.
Lets not blame each other.
We can still be friends.
We were not even friends before this.
So,
I hope she dont hate me.
I never hate her.
Anyway,
its up to her.
.
.
This is the answer for her question.
.
.
One thing she ask me before.
Love.
My heart says,
Close to reach that
But,
Fullstop comes to take over.
.
.
.
.
.
.SORRY
If she cant handle me at my worst,
She dont deserve me at my best.
..........................