Famili vs Friends

Assalamualaikum

*membersihkan habuk dan sarang labah-labah*

Sekarang ni Jom Heboh pesta anjuran TV3 bertapak di sabah untuk kali yang kedua. Yang pertama sekali dulu pun aku dah pernah pergi tapi masa tu kalau tak silap nama pesta tu Sure Heboh. Tapi sama saja sebab pesta anjuran TV3. Famili aku ajak pergi, aku ikut saja la. Kejap lagi nak berangkat la ni.

SEBENARNYA AKU TIADA IDEA LANGSUNG NAK TULIS APA SEKARANG NI. TAPI AKU NAK UPDET JUGA!

Baiklah, aku cerita pasal hari ni la. Hari ni aku tiada plan langsung. Member ajak keluar, aku tak dapat join sebab famili lagi awal ajak aku. Prinsip aku pula, famili comes first. Walaupun gaya aku ni macam mengutamakan kawan lebih dari keluarga, sebenarnya aku bukan sebegitu. Famili paling utama. Orang nak cakap apa pun malas aku nak peduli.

Panjang lebar aku menulis, tiba-tiba muncul pula idea. Aku nak tanya pendapat korang, mana yang lebih penting antara keluarga ataupun sahabat. Mesti pilih satu saja macam aku. Bukanlah bermaksud aku ni jenis yang tak sayang kawan tapi kalau mengikut keutamaan, aku akan lebihkan keluarga. Mesti korang tertanya-tanya kenapa. KENAPA?

Sebabnya, bila aku dalam kesusahan, yang membantu aku dengan bantuan yang paling terbesar adalah keluarga. Sanggup berkorban apa saja demi aku. Keluarga yang aku maksudkan ni dalam lingkungan yang cukup besar la bukan setakat ibubapa aku saja. Contohnya, masa aku susah nak cari tempat tinggal untuk praktikal dulu, aku minta tolong kat member aku tinggal kat rumah dia. Lagipun dia tinggal berdua saja dengan abangnya. Aku juga bersetuju untuk berkongsi bayar sewa rumah. Tapi member aku tu menolak atas sebab-sebab yang memang masuk akal. Aku tidak salahkan dia. Alhamdulillah, pakcik aku sanggup menolong dan mengizinkan aku melepak 4 bulan di rumahnya secara percuma. Siapa yang menolong? Famili juga. Sekarang ni pun aku menumpang tinggal kat rumah sepupu aku sementara kedudukan kewangan aku masih rapuh lagi. Almaklumlah, orang masih baru bekerja. Siapa? Famili juga.

Bukan aku nak mengatakan member tu tiada gunanya bila susah, cuma member ni lebih kurang saja pun dengan kita. Kalau kita susah, kita minta tolong kat dia sedangkan kita tak tahu yang dia pun sebenarnya sama susah macam kita. Bukan pasal tak nak tolong, tapi tidak berkemampuan untuk membantu. Atas sebab itu juga aku lebih mengutamakan famili.

Kepada semua sahabat aku di luar sana, jangan la rasa macam korang tak penting pula bagi aku. Korang memang penting dan ada antara korang yang aku dah anggap macam famili. Jika ada silap dan salah harap diampunkan. Gurauan aku yang memang selalunya mengguris hati tu harap dimaafkan. Kita berhari raya la hari ni *bersalam-salaman dan bermaaf-maafan*..hehe

U ol rox ma world n i luv ya!!

Penulis : Aaron Salvatore ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Famili vs Friends ini dipublish oleh Aaron Salvatore pada hari Friday, June 24, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 5 komentar: di postingan Famili vs Friends
 

5 kesan cakar:

sha my heart said... | June 25, 2011 at 4:20 AM

Family first.. Sb family akan tolong kita dulu. kawan belum tentu nak tolong kita. Kalau tolong pun belum tentu ikhlas. Tapi kalau family sudah tentu lah iklhas..

Kawan penting jugak. Aku ada ramai kawan-kawan yg dah macam family sendiri. Rasa mcm adik beradik aku. Itulah bebudak persatuan aku. Best giler bila dapat lepak dengan diorang, hilang sikit rasa rindu pada family.

eyna said... | June 25, 2011 at 4:23 AM

yup.. wut eva it is.. family is alwez be da 1st.. :)

Nizam Ijam said... | July 5, 2011 at 8:39 PM

Saya pakai domain baru dan nak buat bloglist jom join ramai2
saya hilang bloglist sebelum nie...
Segmen Mudah-Jom Join Bloglist Nizam Ijam

Nizam Ijam said... | August 3, 2011 at 12:40 AM

bila nak update niee....hehehe

sha my heart said... | September 14, 2011 at 11:52 PM

up date la weh.. bosan la ko tak de.