Jenis orang yang bikin meluat!

Assalamualaikum..
Kenapa orang selalu saja nak aku faham situasi dorang tapi dorang tak pernah pun nak faham situasi aku? Lagi satu masalah, orang selalu saja buat andaian macam-macam. Lepas tu dorang selalu saja nak melibatkan aku dalam masalah dorang. Sendiri-sendiri la. Aku tak suka dilibat-libatkan ni. Sendiri buat hal, sendiri la tanggung. Sendiri ada otak, sendiri la fikir. Entah kenapa ada otak pun masih juga tak pandai buat pertimbangan. Nak kata bodoh, tak juga.

Lagi satu, aku benci orang yang cakap macam ni " Apa guna kawan kalau...". Benci gila. Kalau nak berkawan untuk kegunaan semasa, baik jangan berkawan. Aku tak nak pun kawan yang jenis macam ni. Meluat tengok muka dia sengih-sengih. Tapi dalam masa yang sama aku terbelenggu dari menjadi hipokrit dengan berpura-pura baik dengannya ataupun belasah muka dia tapi dapat dosa la kan. Oleh itu, buat masa ini aku masih dengan hipokritasi yang tinggi kalau berjumpa dengan orang jenis macam ni. Nanti suatu masa kalau tahap hipokritasi aku dah pudar, nescaya hilanglah bentuk muka dia tu.

Lagi satu hal bikin geram sangat ni kalau ada orang yang minta tolong tapi dengan cara yang bukan macam minta tolong. Dia boleh siap marah-marah lagi sedangkan dia tu meminta pertolongan dari aku. Takkan la nak minta tolong pun perlu aku ajar. Umur dah dekat nak patah tulang belakang tapi masih juga tiada budi pekerti mulia yang zaman ini memang susah gila cari orang berbudi. Kalau nak minta tolong, paling penting ada perkataan 'tolong'. Ini dah la tiada perkataan 'tolong', siap boleh guna nada marah-marah, memaksa lagi. Macam la aku ada buat salah. Sedangkan kalau mengikut situasi itu, sebenarnya dia yang malas.

Malam ni memang geram gila. Ada laptop pun yang pinjam punya. Ada handphone pun pinjam punya. Rumah pun tumpang punya. Semua pun pinjam dan bukan hak milik aku. Aku sedar aku tak layak pun nak kata sepatah dua kata bila kena 'nasihat' tadi jadi aku diam saja dan membiarkan semua itu berlalu macam angin saja. Kalau pendam merana diri sendiri saja, tiada guna. Sebab itu la aku taip saja di sini.

Lagi satu, nak tahu tak apa petua supaya tak sakit hati? Kalau cara aku, fikirkan saja kebaikan orang yang bikin geram tu. Nescaya hilang segala benda buruk yang ada dalam diri dia. Tapi cara ini tak mudah la. Ikut orang. Kalau aku, perlu satu malam baru dapat lupa.

Okaylah, setakat ini saja aku meluah geram. Sampai ketemu lagi. (masih geram lagi ni, dia tu masih lagi macam tak puas hati..GERAAAMMM!!!). Dia yang aku maksudkan tu tak tua pun, sebaya je..nanti korang ingat aku ni biadap la pula..

Penulis : Unknown ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Jenis orang yang bikin meluat! ini dipublish oleh Unknown pada hari Tuesday, May 3, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 2 komentar: di postingan Jenis orang yang bikin meluat!